Sepi kosong.
Bagai tiada apa erti.
Sendirian melayani hati yang sering disakiti.
Hadirnya kadang-kadang terasa indah, terasa bahagia.
Seperti dunia ini milik aku seorang.
Namun aku tidak sedar akan ada kekecewaan yang menanti.
Ada derita yang menghampiri.
Aku lelah, lelah melayan lakonan ini semua.
Betah menjadi boneka di mata dunia.
Penat untuk terus berdiri di pentas dunia.
Apa sebenarnya aku tidak bisa merasai bahagia?
Apa aku tidak layak bergelak ketawa?
Aku punya kehidupan. Aku juga punya perasaan.
Kekadang aku tertanya-tanya apa salah aku.
Aku keliru dengan segala yang berlaku.
Mengapa aku? Mengapa diri ini?
Diri ini yang sering diterpa badai.
Ya tuhan kembalikanlah semula kekuatan pada diri ini.
Wujudkan rasa kesabaran dalam diri ini.
Aku tidak kuat. Hatiku sering sahaja bercelaru.
Aku tidak mampu bertahan. Aku tidak tabah melawan
persetan yang menghantui.
Hati busuk manusia selalu menganggu fikiranku.
Sehingga akan ada perkara luar batas menerpa kotak fikiranku.
Semoga aku tabah dan mampu bertahan.
-isabel-