"You know what? Yes, I have changed. I'm not as nice as i used to be, because I don't want to get used or walked over, I don't trust everyone and tell them my secrets, because behind every fake smile is a backstabbing bitc*. I distance myself from people because in the end, they're only going to leave. I have changed because I have realizedthat I'm the only person I can depend on."
-unknown-
Nanti jangan ada yang terasa hati. Atau terasa diri di perli-perli. Sudah aku mention terang-terangan bahawa setiap satu kata tidak aku tujukan pada mana-mana insan yang terlahir di muka bumi ini
kecuali kalau nanti aku ada mention dengan nama-nama panggilan. Jadi mohon jangan nak perasan lebih-lebih yang diri tu wujud dalam hasil taipan aku ye.
Bukan apa kekadang payah jugalah kalau masih berbaki spesis-spesis yang hati tu sensetif nokharom. Cakap sikit ingat kita ni tuju dekat dia. Lepastu mulalah segala carutan ketidak-puas-hatian itu ini keluar. Lepastu nak sentap mak jemah. Oh my, kamu kamu boleh pergi sana jauh sikit main lompat katak okey?
Masalahnya kebodohan terpampang kalau nanti mula membabitkan isu "stalk menstalk". Isu "perli memerli". Tangan ke depan ayuh lompat seperti hantu pocong. Nampak sangat betapa meluatnya aku nak menghadap spesis sebegini rupa. Mohon ya adik-adik memahami aku berblog-ing ni mempunyai kebebasan menulis. Tak faham boleh duduk situ diam-diam bukannya buat perangai kurang senonoh tu ye.
Sedikit pun tiada unsur menjatuhkan mana-mana maruah di sini jauh sekali menjaja cerita pom pang. Jadi mohon mencari kehidupan masing-masing Aku pegun tak ganggu orang lain. Jadi mohon sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain ye. Kita cakap baik-baik ni tau.
Jadi di sini aku mohon mana-mana individu yang pernah TER-ada perasaan sentap dengan setiap perkataan yang pernah aku lontarkan dari permulaan blog aku. Aku menyusun seribu kemaafan ye. Tak terniat pun nak buat hati tu terkesan. Selamat malam.