Sembilan

Sekali lagi jadi. Cuma bezanya ada kekecewaan di situ. Tapi indah tu memang tetap ada. 

Orang kata mimpi tanda rindu eh?

Lapan

Bila kita dapat bersua bertentang mata. Senang untuk kita meluahkan segala rasa. Tanpa ada pertelingkahan atau perang dunia. Tenang kan?

Tujuh

Detik penantian tiba. Walau tak sampai 30 hari. Tapi tak tahu kenapa aku tak sabar untuk esok. 

Tunggu aku ye.

Enam

Aku rasa awkward nya di situ. 

Okay.

Lima

Betul lah orang kata. Bila kita terlalu bencikan sesuatu. Sesuatu itulah yang akan datang dalam hidup kita. 

Empat

Akhirnya kita bertemu. Walau untuk satu kebetulan. Kau pandang aku. Aku pandang kau. Kau datang hampiri aku. Aku tak dapat menahan rasa rindu. Aku dakap kau sambil menangis. Aku tanya. Kau rindu aku? Sedar sedar kau sama menangis. Dan aku faham dari mata kau. Kau kata kau ada rasa yang sama. Aku tanya. Kenapa kau menyepi? Kau diam. Terus diam. Aku keliru. Aku pandang sekeliling.

Rupa-rupanya aku cuma bermimpi. 

Tiga

Aku rindu. Tapi tak tahu macam mana aku nak buat kau sedar. Diam kau buat aku takut, takut kalau nanti kau lupakan aku. Kau pergi jauh dengan dunia kau. Kau tak akan pergi kan?

Dua

Datang bila kau sudah sedia terima aku. Datang bila kau berjanji tak akan sakiti aku. Datang bila kau yakin, kau jadi sebab bahagianya aku. Aku tunggu... Kau akan datang kan? 

Satu

Aku tak perlu apa. 
Aku hanya ingin keikhlasan dalam erti bahagia yang sebenar. Noktah.

Sekali lagi.

Manusia yang penuh janji nista. Itulah suka sangat berjanji ketika bahagia menguasai 99 persen akal. Simpati pada diri dia yang terpaksa hadapi bukan untuk sekali tetapi entah berapa ulangan. Dan alasan yang sama sebab jatuh cinta. Ahhh itu cuma alasan. 

Rasa macam tak adil pun pada diri dia sebab alasan tidak munasabah perlu di terima. Macam gampang bukan hidup? Tiada perlu susah fikir penyelesaian terbaik. Kira nak yang paling shortcut je bila bentangkan keputusan. Itulah manusia di beri akal tapi tak mahu diguna pakai. Baik bagi pada kucing. Sekurang-kurangnya tak adalah kucing membuang sana sini. 

Rasanya tak perlu lah dia fikir lagi pada manusia yang tak hargai kewujudan diri dia. Kalau hargai tiada satu alasan pun akan terlintas untuk menjauh. Semoga dia tetap tabah. Nanti suatu hari kau akan temui yang ikhlas sebenarnya. Atau mungkin tidak.

Hintung.

Minggu yang sibuk aku perlu hadapi. Nak cover sedozen nota. Nak kena siapkan assigment bertingkat tingkat. Nak kena hadapi pra-ujian yang aku tahu aku hanya mampu jawab dengan penuh yakin hanya sepertiga sahaja selebihnya boleh kasi goreng sampai garing.

Itulah kehidupan aku sebagai student yang entah bila nak graduate entah. Macam rasa lama je walau hakikat sebenar cuma berbaki tak sampai kurang 200 hari lagi. Tak sanggup dah nak berjauhan dengan family. Rasa macam kosong je. Dan ya aku tunggu masanya tiba.