Dua-puluh-lima

Sampai bila.
Aku pun tak pasti.
Harap secepat yang mungkin segalanya selesai.
Cuci tangan.

Dua-puluh-empat

Percaya akan ketentuan. Ini bukan soal sempurna jauh sekali perubahan rasa. Tapi ini soal hidup. Ini soal masa depan. Ini soal pengakhiran kehidupan.

Untuk mencari kesempurna aku tahu ia tidak akan pernah ada. Cukup hanya dia yang sanggup bersama aku untuk susah dan senang. Cukup hanya dia yang sanggup meninggalkan segalanya demi sebuah kebahagian di firdausi. Cukup hanya dia yang menghargai kehadiran aku sebagai anugerah paling bernilai. Semoga dia kembali.

Dan semoga Tuhan  masih anugerah kemaafan buat diri ini.

Dua-puluh-tiga

Semoga suatu hari kau dapat memahami diri aku.
Semoga suatu hari kau ingat kembali siapa diri aku.

Mungkin.

Dua-puluh-dua

Untuk sedapkan hati biarlah aku anggap cerita semalam hanya mimpi. Aku penat di beri harapan mengunung tinggi . Aku penat dengan angan-angan yang belum pasti. Takapalah.Aku berpegang pada satu kata. Kalau ada jodoh tak kemana. Tuhan lebih tahu yang terbaik.

Dua-puluh-satu

Bukan apa cuma nak rasa kewujudan aku yang sebenar pada hati kau. Dan kalau kau sudah sedar. Sudah nampak. Syukur teramat sangat. Semoga setiap satu itu lahir dari hati kau.

Jujur tak terkata aku. Memang indah setiap satu itu walaupun agak gengster sikit. Dan sebenarnya bukan tak sayang cuma hati merajuk. 

Terima kasih sudi datang memujuk.

Dua puluh

Bukan nak bersifat kejam. 

Cuma ingin rasa sedikit keikhlasan perasaan sayang yang sebenar. 

Sembilan-belas

Tak perlu untuk aku ada competition dengan mana mana spesis manusia. Aku benci kalau diri aku tercabar.

Susah payah aku bina bahagia aku jangan harap aku biarkan orang lain menumpang sama. Nak bahagia cari sendirilah. Bina sendirilah. 

Itu aku. Lantaklah kalau label aku ini penting diri atau tamak haloba. Kalau aku sakit bukan "orang lain" tu yang tanggung. Kecewa aku, aku sendiri yang rasa. 

Dan kau yang tak tahu malu tu sila cermin diri sebelum nak menumpang.