Argue-Love ?

"The person you argue the most is the person you love the most..."

Kau rasa? Betul?

Kalau. Pasti. Salah.

Kalaulah masa tu apa yang kau cerita itu semuanya kejujuran.
Kalaulah masa tu memang kau yang aku kenal seorang yang telah di kecewakan.
Kalau lah masa tu aku adalah satu satu temanmu susah senang.
Kalaulah masa tu hanya aku yang kau benar benar suka, sayang, kasih, rindu dan cinta.
Dan kalaulah masa tu aku yang sedang engkau cuba menawan untuk TERsuka tanpa sengaja.

Pasti semua ni takkan jadi seperti sekarang.
Pasti aku akan behave.
Pasti aku tak mengeraskan diri.
Pasti aku tak menjadi egois.
Dan pasti semuanya akan ok ok sahaja.

Apa ini silap engkau yang ragu-ragu pada perasaan sendiri atau silap aku  yang egois tidak mengaku sudah TERsuka sendiri...

Waitting something

Kadang aku sendiri tak faham. Susah sangat ke untuk memahami hati seorang perempuan bergelar 'aku

Memang aku menanti sesuatu. Ya sesuatu yang dapat pulihkan kembali hati aku. Bukannya datang masih mengajak bermain tarik tali!

Apa perlu aku pinjamkan untuk sesaat dua hati perempuan aku ini?

Persoalan

Bila aku tenung dalam dalam.
Aku tanya hati aku.
Apa sebenarnya aku rindu?

Mengapa

Kenapa perlu ada rasa rindu walau cuba ku tanamkan rasa benci?
Kenapa perlu kau hadir kalau ia hanya sementara?
Apa hanya untuk menyakitkan hati?

keliru.

Hakikat sebenar tiada satu orang pun yang mengetahui sebenar-benarnya aku sedang berperang bersama perasaan sendri.
Antara rindu, cinta dan keterpasaan membenci. 
Oh tuhan, kenapa harus sekali lagi perkara yang sama aku rasa. Kenapa tidak bahagia itu menjadi milik aku selamanya. Kenapa tidak hadirnya memberi pengharapan yang sebenarnya?
Dan keputusan apa yang aku lakukan itu, seperti aku sendiri yang takut akan penerimaannya. Bila tadi aku lihat, ya dia pun sudah mula membantu untuk aku pergi..

Jadi menyesalkah aku..?

sakit

Sakit bila mencintai seseorang yang tidak untuk kita.
Tapi lebih menyakitkan untuk melupakan ia.
Sangat menyakitkan bila rindu hadir bersama ia.
Untuk bagaimana harus aku melupakannya...

fear

Jika kau tanya pada aku, apakah sesuatu yang sangat aku takutkan. Jawapanku adalah "cinta

candle-light-iftar

"Eeeiii bencilah cakap dengan dia ni. Annoying tak pernah habis!!!"

"Jom berbuka sama.."

Kata benci dari bibir memang tak akan pernah lenyap.
Tapi kata hati menafsikan sebaliknya.

Senyuman itu.
Tawa itu.
Mata itu.

Ya, aku rindu!

Dan di bawah cahaya pelita itu sebagai saksi "yang aku rindu"...

.

Sikit pun aku tak mengharap apa apa. 
Sebab itu juga perlahan-lahan aku didik hati aku untuk kembali kosong.
Setiap sapaan yang kau beri, aku balas dengan penuh kehambaran.
Tapi tetap itu juga kau tak pernah sikit pun terasa bosan dan berhenti dari meng'annoyingkan diri.
Ahh.. Sengaja nak bermain hati aku.

Aku benci.
Untuk kesejuta kali aku benci.

si selfish!

Kalau aku tahu kunci untuk aku lari dari semua permasalahan ini.
Ahhh.. Lagi aku nak menjauh, gigih tu jugak kau nak hampiri.
Haritu elok je kau abaikan aku. 
Bila aku sikit sikit nak padam perasaan tu, senang senang tu jugak lah kau datang menulis kembali perasaan tu.
Dah sekarang aku jugak keliru. 
Berperang aku antara sayang, rindu dan benci...

...jadi aku pilih untuk berdiam dan mengeraskan hati.

Kau memang kajam. Kau memang selfish!

kesal

Mungkin sekarang tak rasa apa.
Mungkin sekarang macam biasa biasa.
Tapi suatu hari kau pasti kesal sebab kau hilang orang yang sayang kau, kasih kau dan cinta kau...

...seperti aku.