Syukur
Andai sudah terbuka pintu hatinya aku bersyukur. Semoga kau tetap kuat. Aku sentiasa berdoa yang terbaik buat kau :)
Lepas
Banyak perkara sebenarnya yang bermain dalam fikiran aku. Entahlah. Perkara lepas selalu sangat menghantui diri sampai sampai semua perkara aku jadi benci.
Semoga aku dapat kembali jadi diri aku yang dulu.
Tipu
Kadang-kadang aku tertipu dengan bahagia sebab bahagia selalu datang seketika.
Tak apalah. Beri aku masa untuk kembali percaya dengan bahagia semula.
Tiga-puluh-dua
Tak pernah aku terfikir untuk end up macam ni. Tapi apa yang aku belajar hari ini dalam kelas english tadi
"man plans, God laugh"
Macam mana hebat pun aku merancang yang tetap menentukan yang Satu itu.
Tiga-puluh-satu
"Salahkah aku menegur. Salahkah aku melarang. Semua tu untuk kebaikan. Semua tu untuk aku lihat kau baik-baik sahaja. Tapi kau endah. Tapi kau abai.
Kalau kau rasa kau tak kuat. Aku 10 kali ganda lagi tak kuat. Kalau kau rasa kau menyampah. Aku akan hilangkan diri. Kalau kau rasa tak perlukan aku lagi. Aku akan pergi.
Masih tak faham. Jadi lupakan sahaja. Lupakan segala mimpi. Lupakan segala impian. Lupakan semuanya. Lupakan aku...."
Dan nafasnya di hembus berat. Seberat perasaan yang dirasainya. Perlahan dia terlelap.
Selamat malam.
Tiga-puluh
Sayang ke kalau macam tu.
Cinta ke kalau macam tu.
Tepuk dada tanya hati.
Kalau tak mohon pergi.
Dua-puluh-sembilan
I dont know why. But my heart just telling me that i miss you actually.
Do you miss me like i do? :-/
Do you miss me like i do? :-/
Dua-puluh-lapan
Untuk keberapa juta aku kecewa. Kecewa dengan benda yang sama.
Tak apa.
Esok lusa aku akan okey. Dan kemudian teruskan saki baki hidup aku seperti normal kembali. Buat apa nak sedih lama-lama. Buat apa nak fikir untuk sesuatu yang mengecewakan. Nanti hidup aku bercelaru.
Kalau orang tu rasa diri kita penting, dia takkan lepaskan.
Tak apa.
Esok lusa aku akan okey. Dan kemudian teruskan saki baki hidup aku seperti normal kembali. Buat apa nak sedih lama-lama. Buat apa nak fikir untuk sesuatu yang mengecewakan. Nanti hidup aku bercelaru.
Kalau orang tu rasa diri kita penting, dia takkan lepaskan.
Dua-puluh-tujuh
Aku tak tahu kenapa lagu "When I was your man" tu semacam touching je bila dengar. Nak kata ada orang dedicate dekat aku jauh sekali.
Tak lama je lagi dalam 14 hari aku bakal hadap dengan final exam. Cuak tu adalah sepertiga. Siapa kata sekolah tu seksa. Dekat kolej lagi seksa bilamana kau ada pilihan antara nak buat assigment yang menimbun atau menonton movie. Tapi aku lebih memilih untuk tidur.
Sebenarnya belajar tu seronok. Sebab aku pernah je rasa keseronokkan tu sampai macam tak nak berhenti. Tapi nak timbul seronok tu macam payah sikit.Dan lagi sekali aku akan memilih untuk tidur.
Ntahlah orang kata tidur dapat menenangkan diri dari segala despresso. Tapi bila tidur memanjang aku rasa amacam otak ni semacam sakit je. Badan pun jadi lesu je. Kesimpulan tidur tu kunci kepada kemalasan. Dan sekarang aku cuba untuk kurangkan tidur. Ada lah dalam 50% kejayaan tu.
Jadi aku dapat satu penawar
Jangan ingat aku lemah ye.
Tak lama je lagi dalam 14 hari aku bakal hadap dengan final exam. Cuak tu adalah sepertiga. Siapa kata sekolah tu seksa. Dekat kolej lagi seksa bilamana kau ada pilihan antara nak buat assigment yang menimbun atau menonton movie. Tapi aku lebih memilih untuk tidur.
Sebenarnya belajar tu seronok. Sebab aku pernah je rasa keseronokkan tu sampai macam tak nak berhenti. Tapi nak timbul seronok tu macam payah sikit.Dan lagi sekali aku akan memilih untuk tidur.
Ntahlah orang kata tidur dapat menenangkan diri dari segala despresso. Tapi bila tidur memanjang aku rasa amacam otak ni semacam sakit je. Badan pun jadi lesu je. Kesimpulan tidur tu kunci kepada kemalasan. Dan sekarang aku cuba untuk kurangkan tidur. Ada lah dalam 50% kejayaan tu.
Jadi aku dapat satu penawar
"I dont even care."
Itu satu penawar yang paling berkean dalam keadaan aku sekarang ni yang di elilingi manusia yang tak habis tak puas hati satu ha;yang cari pasal dua hal.
Jangan ingat aku lemah ye.
Dua-puluh-lima
Sampai bila.
Aku pun tak pasti.
Harap secepat yang mungkin segalanya selesai.
Cuci tangan.
Aku pun tak pasti.
Harap secepat yang mungkin segalanya selesai.
Cuci tangan.
Dua-puluh-empat
Percaya akan ketentuan. Ini bukan soal sempurna jauh sekali perubahan rasa. Tapi ini soal hidup. Ini soal masa depan. Ini soal pengakhiran kehidupan.
Untuk mencari kesempurna aku tahu ia tidak akan pernah ada. Cukup hanya dia yang sanggup bersama aku untuk susah dan senang. Cukup hanya dia yang sanggup meninggalkan segalanya demi sebuah kebahagian di firdausi. Cukup hanya dia yang menghargai kehadiran aku sebagai anugerah paling bernilai. Semoga dia kembali.
Dan semoga Tuhan masih anugerah kemaafan buat diri ini.
Dua-puluh-tiga
Semoga suatu hari kau dapat memahami diri aku.
Semoga suatu hari kau ingat kembali siapa diri aku.
Semoga suatu hari kau ingat kembali siapa diri aku.
Mungkin.
Dua-puluh-dua
Untuk sedapkan hati biarlah aku anggap cerita semalam hanya mimpi. Aku penat di beri harapan mengunung tinggi . Aku penat dengan angan-angan yang belum pasti. Takapalah.Aku berpegang pada satu kata. Kalau ada jodoh tak kemana. Tuhan lebih tahu yang terbaik.
Dua-puluh-satu
Bukan apa cuma nak rasa kewujudan aku yang sebenar pada hati kau. Dan kalau kau sudah sedar. Sudah nampak. Syukur teramat sangat. Semoga setiap satu itu lahir dari hati kau.
Jujur tak terkata aku. Memang indah setiap satu itu walaupun agak gengster sikit. Dan sebenarnya bukan tak sayang cuma hati merajuk.
Terima kasih sudi datang memujuk.
Dua puluh
Bukan nak bersifat kejam.
Cuma ingin rasa sedikit keikhlasan perasaan sayang yang sebenar.
Sembilan-belas
Tak perlu untuk aku ada competition dengan mana mana spesis manusia. Aku benci kalau diri aku tercabar.
Susah payah aku bina bahagia aku jangan harap aku biarkan orang lain menumpang sama. Nak bahagia cari sendirilah. Bina sendirilah.
Itu aku. Lantaklah kalau label aku ini penting diri atau tamak haloba. Kalau aku sakit bukan "orang lain" tu yang tanggung. Kecewa aku, aku sendiri yang rasa.
Dan kau yang tak tahu malu tu sila cermin diri sebelum nak menumpang.
Lapan-belas
Kadang kau lihat orang sana bahagia. Kau pun nak jadi macam dia. Lepastu kau tengok pulak orang hujung sana lagi bahagia. Kau pun nak hidup macam dia. Kau tengok orang sana sini yang senyum happy. Kau simpan angan-angan nak bahagia macam itu jugak.
Tapi kau tak sedar dari setiap senyuman dia. Dari setiap gelak tawa dia. Di sebaliknya ada tangisan yang tidak henti. Ada kesakitan yang sentiasa menghantui. Kau tak nampak semua itu. Apa kau nampak dia bahagia dan kau nak kan kebahagiaan itu.
Dan kau terus merungut dengan apa yang ada di sekeliling kau. Kau butakan rasa untuk hargai kasih sayang dia yang setia di samping kau. Tapi kau lebih berminat pada kasih sayang yang kau nampak hanya pada pandangan mata kasar. Yang hanya terlihat pada alam maya tanpa kau tahu cerita sebenar di sebalik segalanya.
Itu manusia. Tidak hargai pada apa yang ada di sisi tetapi sering saja hati ingin membanding ketidaksempurnaannya.itu tak kena ini tak kena. Sampai bila bila pun tak akan pernah kecapi bahagia itu.
Jadi berhenti dari merungut!
Tujuh-belas
Aku tahu permintaan aku cukup tak logik dek akal. Aku tahu permintaan aku macam budak budak pramatang. Tapi hakikat itu kata hati aku.
Mungkin untuk ke sejuta kali pun benda sama tetap ada dan tetap akan tertanya tanya.
Jawapan? Mungkin ada mungkin tidak.
Enam-belas
Sedar aku banyak perkara yang berlaku sekeliling. Merata berita kematian. Tentang istidraj. Tentang musibah. Tentang ujian. Tentang kemalangan. Dan bermacam lagi corak perkara yang mensayukan hati.
Terdetik dalam hati apa ini jentikkan dari Tuhan untuk aku?
Lima-belas
Ini hari yang ketiga. Tiada tanda-tanda untuk sembuh. Selepas batuk dan selesema migrain turut sertai. Jadi ini satu petanda buruk.
Ya aku seperti tak terarah. Memang 99% iniginkan istirehat. Suhu yang aku sangka mula menyusut rupanya sedang menaik sedikit demi sedikit.
Bila sakit datang memang untuk sembuh tu tak tahu bila. Semoga masih bertahan.
Empat-belas
Aku tahu sakit tu pun salah satu nikmat yang bukan semua orang akan dapat. Tapi bilamana selesema, sakit kepala, batuk bergabung aku rasa macam dunia ni berputar 360 darjah. Rasa tu hanya tuhan je tahu.
Dan ini adalah tanda-tanda bahawa aku bakal dapat sakit yang membuatkan keseluruhan diri aku jadi lemah lesu tak bermaya yang hanya inginkan rehat semaksima yang boleh.
Bukan apa bila aku sakit nak jadi sihat semula ambil masa!
Tiga-belas
Aku sedar dia tak seperti orang lain. Yang kalau boleh nak bersweet 24/7. Aku pun sedar dia tak sealim pak ustad. Yang acting macam dia konfem ke syurga by touch n go. Dan aku pun sedar dia bukanlah success student. Yang akan terima dekan setiap sem atau yang yakin seratus persen akan ada kerja yang menanti selepas graduate.
Tapi aku tahu dalam kasarnya ada kasih sayang. Aku percaya dalam nakalnya masih ada sentuhan iman. Dan aku yakin dalam diam dia sedang membina kejayaannya sendiri.
Aku tak perlu mengharap "he be the perfect one." Cukup hanya satu.
Percaya.
Dua-belas
Aku rasa macam nak hilangkan diri je. Nanti tengok siapa yang risau bila aku tak ada.
Tak de siapa faham perasaan aku!
Sebelas
Kadang-kadang aku rasa macam hidup ni tak adil. Salah ke aku nak buat pilihan dalam hidup aku sendiri. Kenapa nak menghalang kalau bila ada peluang langsung tak di endahkan? Lepastu hidup aku di kawal.
Aku cuma dahagakan kasih sayang. Apa guna wang ringgit? Kalau wang ringgit itu dapat beli masa berguna jugalah untuk aku. For at least masa tu dapat di gunakan untuk menaburkan kasih sayang dekat aku. Tapi hakikatnya? Nothing.
Dan bila aku cari pilihan aku sendiri. Segalanya tak kena. Susah sangat nak percaya? Sesampai aku sendiri takut nak jadi penjujur dan terpaksa menjadi pembohong. Masih salah aku ke? Apa yang aku rasa sekarang ini hanya satu.
Kosong.
Sepuluh
Kalau lah aku boleh drive sekarang ni. Sudah lama aku masakan sup ayam lepastu hantarkan dekat kau sebagai santapan waktu kau tak sihat ni.
Tapi malang aku tak punya lesen lagi.
Tujuh
Detik penantian tiba. Walau tak sampai 30 hari. Tapi tak tahu kenapa aku tak sabar untuk esok.
Tunggu aku ye.
Empat
Akhirnya kita bertemu. Walau untuk satu kebetulan. Kau pandang aku. Aku pandang kau. Kau datang hampiri aku. Aku tak dapat menahan rasa rindu. Aku dakap kau sambil menangis. Aku tanya. Kau rindu aku? Sedar sedar kau sama menangis. Dan aku faham dari mata kau. Kau kata kau ada rasa yang sama. Aku tanya. Kenapa kau menyepi? Kau diam. Terus diam. Aku keliru. Aku pandang sekeliling.
Rupa-rupanya aku cuma bermimpi.
Tiga
Aku rindu. Tapi tak tahu macam mana aku nak buat kau sedar. Diam kau buat aku takut, takut kalau nanti kau lupakan aku. Kau pergi jauh dengan dunia kau. Kau tak akan pergi kan?
Sekali lagi.
Manusia yang penuh janji nista. Itulah suka sangat berjanji ketika bahagia menguasai 99 persen akal. Simpati pada diri dia yang terpaksa hadapi bukan untuk sekali tetapi entah berapa ulangan. Dan alasan yang sama sebab jatuh cinta. Ahhh itu cuma alasan.
Rasa macam tak adil pun pada diri dia sebab alasan tidak munasabah perlu di terima. Macam gampang bukan hidup? Tiada perlu susah fikir penyelesaian terbaik. Kira nak yang paling shortcut je bila bentangkan keputusan. Itulah manusia di beri akal tapi tak mahu diguna pakai. Baik bagi pada kucing. Sekurang-kurangnya tak adalah kucing membuang sana sini.
Rasanya tak perlu lah dia fikir lagi pada manusia yang tak hargai kewujudan diri dia. Kalau hargai tiada satu alasan pun akan terlintas untuk menjauh. Semoga dia tetap tabah. Nanti suatu hari kau akan temui yang ikhlas sebenarnya. Atau mungkin tidak.
Hintung.
Minggu yang sibuk aku perlu hadapi. Nak cover sedozen nota. Nak kena siapkan assigment bertingkat tingkat. Nak kena hadapi pra-ujian yang aku tahu aku hanya mampu jawab dengan penuh yakin hanya sepertiga sahaja selebihnya boleh kasi goreng sampai garing.
Itulah kehidupan aku sebagai student yang entah bila nak graduate entah. Macam rasa lama je walau hakikat sebenar cuma berbaki tak sampai kurang 200 hari lagi. Tak sanggup dah nak berjauhan dengan family. Rasa macam kosong je. Dan ya aku tunggu masanya tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)