Hi Assalamualaikum.
Terfikir juga kadang-kadang kenapa lah susah sangat nak berubah sebetulnya. Berubah kearah kebaikkan tu memang mudah tapi untuk istiqamah tu. Malu rasanya bila segalanya seolah hangat-hangat tahi ayam. Cemburu bila lihat rakan-rakan yang sudah berjaya ke arah penghijrahan. Kadang-kadang rasa nak menangis. Kenapalah aku tak sekuat mereka. Padahal peluang tu terbuka luas depan mata. Ya Allah permudahkan segalanya. Kuatkan hatiku.
Aku ingin jadi WANITA yang TABAH, bila dalam kedukaan masih mampu ukirkan senyuman.
Aku ingin jadi WANITA yang KUAT, bila ada ujian yang datang mampu untuk hadapinya.
Aku ingin jadi WANITA yang SABAR, bila ada yang menyakiti tidak melenting tak tentu arah.
Aku ingin jadi WANITA MUSLIMAH, agar segalanya menjadi sempurna.
Sebenarnya untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna segalanya harus bermula pada diri sendiri. Tidak orang lain. Doa sebagai permohonan bantuan kita pada Ilahi agar dipermudahkan segalanya. Dan cuba untuk istiqamah agar segala amalan yang dilakukan menjadi sempurna dan mendapat kemanisannya. InshaAllah.
Semoga peluang untuk berubah itu masih ada buat kita. Usah kita terlalu leka sehingga nanti sudah tidak ada peluang itu lagi. Kerana hidayah itu tidak akan datang selalu. Jadi bersyukurlah jika masih ada terdetik dalam hati untuk berubah. Waallahualam. Renungan buat kita bersama ~