Kau tahu erti kekecewaan?
Kekecewaan bila sesuatu yang kita harapkan sebenarnya palsu.
Palsu belaka.
Dari awal sebenarnya aku dah rasa tapi kurang percaya.
Bila akhiran datang menjelma barulah terasa bodoh sebab tak percaya dengan kata hati sendiri.
Sekarang kalau pun aku nak menangis air mata darah sekalipun belum tentu dapat kembali kepada permulaan.
Ya, benar ini semua permainan dunia.
Aku kalah untuk permainan kali ni.
Tapi aku masih belum puas hati dengan kekalahan aku.
Aku ingin kembali bermain semula tetapi aku akan pastikan pemainan aku selepas ini aku tidak akan kalah sekali lagi.
Cuma aku masih perlukan sedikit energy untuk aku memulakan yang baru.
Mungkin mengambil masa sedikit untuk pulih.
Kecederaan kali ini lebih teruk dari sebelum, boleh di katakan parah tahan kritikal.
Tapi aku kuat.
Aku percaya diri aku cukup kuat untuk sembuhkan luka luka ini semua.
InsyaAllah~