Jangan baca kalau hati sentap.


"You know what? Yes, I have changed. I'm not as nice as i used to be, because I don't want to get used or walked over, I don't trust everyone and tell them my secrets, because behind every fake smile is a backstabbing bitc*. I distance myself from people because in the end, they're only going to leave. I have changed because I have realizedthat I'm the only person I can depend on."
-unknown-  


Nanti jangan ada yang terasa hati. Atau terasa diri di perli-perli. Sudah aku mention terang-terangan bahawa setiap satu kata tidak aku tujukan pada mana-mana insan yang terlahir di muka bumi ini
kecuali kalau nanti aku ada mention dengan nama-nama panggilan. Jadi mohon jangan nak perasan lebih-lebih yang diri tu wujud dalam hasil taipan aku ye.

Bukan apa kekadang payah jugalah kalau masih berbaki spesis-spesis yang hati tu sensetif nokharom. Cakap sikit ingat kita ni tuju dekat dia. Lepastu mulalah segala carutan ketidak-puas-hatian itu ini keluar. Lepastu nak sentap mak jemah. Oh my, kamu kamu boleh pergi sana jauh sikit main lompat katak okey?

Masalahnya kebodohan terpampang kalau nanti mula membabitkan isu "stalk menstalk". Isu "perli memerli". Tangan ke depan ayuh lompat seperti hantu pocong. Nampak sangat betapa meluatnya aku nak menghadap spesis sebegini rupa. Mohon ya adik-adik memahami aku berblog-ing ni mempunyai kebebasan menulis. Tak faham boleh duduk situ diam-diam bukannya buat perangai kurang senonoh tu ye.

Sedikit pun tiada unsur menjatuhkan mana-mana maruah di sini jauh sekali menjaja cerita pom pang. Jadi mohon mencari kehidupan masing-masing Aku pegun tak ganggu orang lain. Jadi mohon sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain ye. Kita cakap baik-baik ni tau.

Jadi di sini aku mohon mana-mana individu yang pernah TER-ada perasaan sentap dengan setiap perkataan yang pernah aku lontarkan dari permulaan blog aku. Aku menyusun seribu kemaafan ye. Tak terniat pun nak buat hati tu terkesan. Selamat malam.


Lumrah jadi manusia bukan penindas.

Kau pernah rasa tak bila orang sekeliling kau bersifat "selfish" ?
Apa yang kau rasa?
Bila kau beria ambil berat pasal mereka, tapi hakikat mereka langsung tak pernah kesah pun kalau kau dah makan ke, kau tak sihat ke, kau ada masalah ke atau kau dah mati ke?

Dan terdetik tak pada hati kau walau sedikit.
Yang kau terasa diri ini bodoh bila kebaikan yang kau taburkan langsung macam tak beri effect apa apa pada mereka.
Macam kau seperti langsung tak pernah buat kebaikan pada mereka.

Dan kadang kadang pasti kau terfikir yang betapa naifnya diri kau untuk terus sabar dengan layanan mereka.
Dan kekadang juga mesti kau rasa macam "kalau aku buat baik ke tak dengan dia sama je."

Kemudian pernah tak kau rasa yang kau ni macam tak berguna pada mereka.
Kau rasa macam diri kau ni teruk yang amat sesampai langsung tak pernah rasa walau sisa-sisa penghargaan.
Sesampai terkabur mata hati mereka untuk melihat kewujudan diri kau.

Dan akhiran pernah kau rasa tak bila kau dibandingkan dengan diri orang lain dalam diam?
Tidak dalam suara tetapi dalam reaksi.
Kau terasa diri tertindas.
Atau mungkin dipulaukan.
Atau sedikit rasa diperbodohkan oleh mereka.

Itulah diri kau yang menjadi manusia dan bukan penindas.
Kaulah yang sering diabaikan.
Kau jugalah yang ering menjadi bahan kajian lawak jenaka.
Dan mungkin juga kaulah yang menjadi pemangsa kepada kesenangan orang lain.

Itulah lumrahnya hidup.
Ada yang tertindas yang ditemani penindas.
Permainan dunia spesifiknya kalau tidak hidup ini seperti hitam putih rasanya.

Dan kau disitu tetap pegun diam tanpa sedikit menujukan reaksi marah atau yang lebih tepat sekali "kecewa."

Diam kau terus di situ tanpa memikirkan perasan diri sendiri dan acting seperti sebuah boneka.
Itu lebih baik mungkin.

.

Kau tahu erti kekecewaan?
Kekecewaan bila sesuatu yang kita harapkan sebenarnya palsu.
Palsu belaka.
Dari awal sebenarnya aku dah rasa tapi kurang percaya.
Bila akhiran datang menjelma barulah terasa bodoh sebab tak percaya dengan kata hati sendiri.

Sekarang kalau pun aku nak menangis air mata darah sekalipun belum tentu dapat kembali kepada permulaan.
Ya, benar ini semua permainan dunia.
Aku kalah untuk permainan kali ni.
Tapi aku masih belum puas hati dengan kekalahan aku.
Aku ingin kembali bermain semula tetapi aku akan pastikan pemainan aku selepas ini aku tidak akan kalah sekali lagi.

Cuma aku masih perlukan sedikit energy untuk aku memulakan yang baru.
Mungkin mengambil masa sedikit untuk pulih.
Kecederaan kali ini lebih teruk dari sebelum, boleh di katakan parah tahan kritikal.
Tapi aku kuat.
Aku percaya diri aku cukup kuat untuk sembuhkan luka luka ini semua.
InsyaAllah~

Be my friend? I means my Bestfriend :)


"Love is a lamp, while friendship is the shadow. 
When lamp is off, you will find the shadow everywhere. 
Friend is who can give you strength at last."


To be honest.

Aku suka dengan wajah baru ini.
Rasa macam bercahaya.

Di sini aku mula kenal.
Erti untuk melepaskan rasa.
Berkongsi.
Walau hakikat tiada yang peduli.

Kecewa aku di sini.
Bahagia aku di sini.
Sedih aku juga di sini.
Tidak lupa pada ketawa aku turut di sini.

Kau tak suka, menyampah.
Boleh angkat kaki pergi dari sini.
Di alu-alukan sekali.

Di sini bukan untuk minta simpati.
Jauh sekali untuk di caci maki.
Jadi tak suka sendiri-sendiri.
Diam tanpa bunyi.

7 hari.

7 hari tanpa pergaduhan.
7 hari tanpa perbalahan.
7 hari tanpa benci.
7 hari tanpa tangisan.
7 hari tanpa luka.
7 hari tanpa duka. 
Dan 7 hari itu aku bahagia.

Aku menantikan 7 hari itu kembali.
Aku ingin rasakan sekali lagi nikmat 7 hari itu.
Aku rindukan 7 hari itu.

Belaian 7 hari.
Gurauan 7 hari.
Kasih sayang 7 hari.
Cinta 7 hari.

Saat kau lafazkan kata cinta.
Saat kau ungkapkan bahasa rindu.

Mana hilangnya semua itu?
Kini kau kembali menyepi.
Seperti dahulu lagi.
Dan aku di sini masih menanti seperti orang sasau mungkin.

Stay and I will love you forever ♥

"If I walk would you run
If I stop would you come
If I say you're the one would you believe me
If I ask you to stay would you show me the way
Tell me what to say so you don't leave me.."


The words


Kadang-kadang aku terasa mahu sahaja lari sejauh mungkin. Ahh.. aku benci bila perasaan begini hadir. Aku benci bila aku perlu keluarkan air mata. Aku benci bila aku perlu tahan ego aku dari meninggi kembali Aku benci bila perlu aku redakan baran aku. Aku benci bila aku perlu senyap dan turutkan sahaja apa yang bakal berlaku. Aku benci bila sakit ini perlu aku tahan sendiri.

"You doesnt know why she are still keep waitting and staying on you 
eventhough there are so many things that she need to 
face it and need to solve it. Yeah somedays 
you will get the reason why she still stay.."

Menangislah andai ia dapat menjadi penawar lukamu.
Senyumlah andai ia dapat menjadi penemanmu. 
Ketawalah andai ia dapat menjadi perlindung kesedihanmu.
Dan diamlah andai kamu sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa.


Rindu.

Rindu...
Kadang-kadang menjadi suatu yang mengasyikkan.
Dan kadang-kadang ia menjadi suatu penderitaan.
Sukar untuk di ungkap hakikat sebenar rindu yang dirasa.

Rinduku padamu wujud sekian lama.
Bukan pada ketika hati ini mula bertaut untuk mencintaimu.
Tetapi ia hadir sebelumnya itu lagi.

Itulah hakikat sebenar.
Semoga hati ini akan sentiasa merinduimu..