Bahagia. Ketawa. Tangisan. Senyuman. Kedukaan.
Itulah kehidupan. Yang akan mengajar kita erti sebenar perasaan yang dahulunya tidak pernah terfikir bahawa kita bakal alami. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah S.W.T.
Cantik, kacak, pandai, kaya, popular itu semuanya subjektif. Tidaklah mereka itu bahagia apabila memilikki segalanya itu. Kerana itu semua adalah ujian untuk mengetahui sama ada di syukuri atau sebaliknya. Ia hanyalah semata-mata ingin lihat bagaimana ia di manfaatkan.
Tak usah di banggakan kerana ia hanya bersifatkan sementara. Yang bakal binasa bila-bila sahaja. Jadi beringat-ingatlah. Muhasabah lah diri. Jangaan pernah berhenti dari mensyukuri segalanya yang bakal hadir walaupun bahagia atau duka. Kerana itu semuannya adalah anugerah.
Semoga kita sentiasa di dalam perlindungannya. Jangan diikut kata dari syaitan durjana. Kerana itu hanya berunsurkan dusta semata-mata. Percayalah kebahagiaan itu sedang menanti kita, Dan pastinya kebahagiaan yang sebenar adalah Syurga yang kekal abadi. InshaAllah~
