Lapan-belas

Kadang kau lihat orang sana bahagia. Kau pun nak jadi macam dia. Lepastu kau tengok pulak orang hujung sana lagi bahagia. Kau pun nak hidup macam dia. Kau tengok orang sana sini yang senyum happy. Kau simpan angan-angan nak bahagia macam itu jugak.

Tapi kau tak sedar dari setiap senyuman dia. Dari setiap gelak tawa dia. Di sebaliknya ada tangisan yang tidak henti. Ada kesakitan yang sentiasa menghantui. Kau tak nampak semua itu. Apa kau nampak dia bahagia dan kau nak kan kebahagiaan itu.

Dan kau terus merungut dengan apa yang ada di sekeliling kau. Kau butakan rasa untuk hargai kasih sayang dia yang setia di samping kau. Tapi kau lebih berminat pada kasih sayang yang kau nampak hanya pada pandangan mata kasar. Yang hanya terlihat pada alam maya tanpa kau tahu cerita sebenar di sebalik segalanya.

Itu manusia. Tidak hargai pada apa yang ada di sisi tetapi sering saja hati ingin membanding ketidaksempurnaannya.itu tak kena ini tak kena. Sampai bila bila pun tak akan pernah kecapi bahagia itu.

Jadi berhenti dari merungut!

Tujuh-belas

Aku tahu permintaan aku cukup tak logik dek akal. Aku tahu permintaan aku macam budak budak pramatang. Tapi hakikat itu kata hati aku. 

Mungkin untuk ke sejuta kali pun benda sama tetap ada dan tetap akan tertanya tanya. 

Jawapan? Mungkin ada mungkin tidak.

Enam-belas

Sedar aku banyak perkara yang berlaku sekeliling. Merata berita kematian. Tentang istidraj. Tentang musibah. Tentang ujian. Tentang kemalangan. Dan bermacam lagi corak perkara yang mensayukan hati.

Terdetik dalam hati apa ini jentikkan dari Tuhan untuk aku?

Lima-belas

Ini hari yang ketiga. Tiada tanda-tanda untuk sembuh. Selepas batuk dan selesema migrain turut sertai. Jadi ini satu petanda buruk. 

Ya aku seperti tak terarah. Memang 99% iniginkan istirehat. Suhu yang aku sangka mula menyusut rupanya sedang menaik sedikit demi sedikit. 

Bila sakit datang memang untuk sembuh tu tak tahu bila. Semoga masih bertahan.

Empat-belas

Aku tahu sakit tu pun salah satu nikmat yang bukan semua orang akan dapat. Tapi bilamana selesema, sakit kepala, batuk bergabung aku rasa macam dunia ni berputar 360 darjah. Rasa tu hanya tuhan je tahu. 

Dan ini adalah tanda-tanda bahawa aku bakal dapat sakit yang membuatkan keseluruhan diri aku jadi lemah lesu tak bermaya yang hanya inginkan rehat semaksima yang boleh. 

Bukan apa bila aku sakit nak jadi sihat semula ambil masa!

Tiga-belas

Aku sedar dia tak seperti orang lain. Yang kalau boleh nak bersweet 24/7. Aku pun sedar dia tak sealim pak ustad. Yang acting macam dia konfem ke syurga by touch n go. Dan aku pun sedar dia bukanlah success student. Yang akan terima dekan setiap sem atau yang yakin seratus persen akan ada kerja yang menanti selepas graduate.

Tapi aku tahu dalam kasarnya ada kasih sayang. Aku percaya dalam nakalnya masih ada sentuhan iman. Dan aku yakin dalam diam dia sedang membina kejayaannya sendiri.

Aku tak perlu mengharap "he be the perfect one." Cukup hanya satu.

Percaya.

Dua-belas

Aku rasa macam nak hilangkan diri je. Nanti tengok siapa yang risau bila aku tak ada. 

Tak de siapa faham perasaan aku!

Sebelas

Kadang-kadang aku rasa macam hidup ni tak adil. Salah ke aku nak buat pilihan dalam hidup aku sendiri. Kenapa nak menghalang kalau bila ada peluang langsung tak di endahkan? Lepastu hidup aku di kawal.

Aku cuma dahagakan kasih sayang. Apa guna wang ringgit? Kalau wang ringgit itu dapat beli masa berguna jugalah untuk aku. For at least masa tu dapat di gunakan untuk menaburkan kasih sayang dekat aku. Tapi hakikatnya? Nothing.

Dan bila aku cari pilihan aku sendiri. Segalanya tak kena. Susah sangat nak percaya? Sesampai aku sendiri takut nak jadi penjujur dan terpaksa menjadi pembohong. Masih salah aku ke? Apa yang aku rasa sekarang ini hanya satu.

Kosong.

Sepuluh

Kalau lah aku boleh drive sekarang ni. Sudah lama aku masakan sup ayam lepastu hantarkan dekat kau sebagai santapan waktu kau tak sihat ni.

Tapi malang aku tak punya lesen lagi.