Sebetulnya hari ini kegembiraan itu bagai diragut.
Mungkin salah aku juga.
Entahlah.
Kadang-kadang terasa.
Bagai aku takut untuk terus hidup.
Takut pada bayang-bayang aku sediri.
Setiap hari bila terjaga dari lena.
Aku bagai mengharapkan.
Akan ada keindahan yang hadir.
Akan hadir senyuman dan gelak ketawa.
Tapi ia bagai angan-angan kosong.
Pasti aku akan tidur dengan 1001 ketakutan.
Sudahnya hati aku dah penat.
Penat menangisi segalanya.
Teruk sangatkah aku ini.
Sehinggakan sudah tidak mampu.
Memberi ketenangan pada jiwa orang sekeliling?
Aku kesal.
Kesal pada diri sendiri.
Kerana sehingga kini.
Aku tidak berjaya pada perubahan diri.
Dan kekadang hati kecil ini sering berbicara.
Untuk pergi lari dari segalanya.
Atau mungkin itu hanya bisikan setan durjana?
Terasa ingin aku bermohon pada yang maha Esa.
Untuk mengambil nikmat segala perasaan.
Tetapi terfikir juga aku.
Tak mungkin untuk aku kufur pada nikmat.
Ku mohon agar dikuatkan segalanya.
Tolong kembalikan mereka,
Yang dahulu menjadi penguat semangat.
Untuk aku teruskan kehidupan.
Aku rindukan mereka.
Ya Allah,
Aku tidak mahu lemah seperti dahulu.
Cukup sekali aku pernah kecewa,
Dan hilang segala semangat untuk hidup.
Bukan untuk keduanya.