Setiap satu kata itu sungguh membahagiakan pada pendengaranku. Ya aku cuma mampu untuk merasa tapi bukan untuk memiliki. Untuk kesekian kali aku tewas pada perasaan aku sendiri.
Tidakkah itu yang aku harapkan. Dibalas kembali perasaan cinta itu. Tapi mengapa aku merasakan masih tetap ada sesuatu yang menghalang. Seakan aku tidak mampu untuk kembali meraih pada kasih yang pernah dulu pergi.
Ya kerana untuk sesaat yang tidak di hargai itu jugalah yang memusnahkan segala impian, segala keinginan dan segala-galanya. Sungguh ia jugalah yang telah mematahkan kembali harapan ku. Dan kerana itu jugalah aku kembali sedar bahawa aku masih berpijak pada dunia yang nyata.
Aku tak mampu untuk kembali pada saat itu di mana jika aku masih tetap percaya pada hati aku pasti segalanya aku tidak akan mungkin hadap dengan penuh penyeksaan. Rindu itu sungguh membunuhku. Pinta ku hanya satu, semoga apa terjadi pada hari ini serta yang mendatang akan menjadi jawapan pada segala persoalan yang masih tiada kesudahnya lagi.